SEOUL – Aktor terkenal Korea Selatan, Lee Sun Kyun ditemui meninggal dunia di tempat letak kereta di Taman Waryong, Seoul hari ini.
Berita kematian Sun Kyun disahkan Balai Polis Seongbuk selepas menerima panggilan daripada isterinya, Jeon Hye Jin yang melaporkan suaminya ada meninggalkan nota bunuh diri sebelum menghilangkan diri.
Agensi berita Yonhap melaporkan, polis turut menjumpai arang dalam kereta Sun Kyun sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa pelakon itu meninggal dunia akibat bunuh diri.
Beliau yang turut membintangi filem Parasite yang menerima anugerah Oscar sebagai filem bukan bahasa Inggeris terbaik pada 2020 berdepan kontroversi apabila didakwa terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Sun Kyun sebelum ini telah disoal siasat polis sebanyak tiga kali, bagaimanapun aktor itu berkata, dia ditipu untuk mengambil dadah oleh pelayan bar yang kemudiannya cuba memeras ugutnya. – Agensi