Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din bertukar sebagai Pengarah JKDNKA menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali. Foto FAREEZ FADZIL, 17 JULAI 2023.

KUALA LUMPUR – Seramai 28 warga Malaysia telah terpedaya dan dan ditangkap di luar negara atas kesalahan menyeludup dadah bagi tempoh Januari hingga November lalu berbanding 17 orang pada 2022.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din menerusi kenyataan berkata, pihaknya telah mengesan sindiket dadah yang menawarkan upah dan memerangkap rakyat Malaysia menerusi media sosial menjadi keldai dadah untuk menyeludup dadah ke luar negara.

Katanya, sindiket dadah terbabit mempengaruhi dan memperalat rakyat Malaysia dengan menawarkan upah antara RM5,000 hingga RM10,000 untuk menyeludup dadah ke luar negara melalui media sosial.

Menurut Mohd Kamarudin, bilangan mereka yang ditahan di luar negara amat membimbangkan dan beliau meminta warga Malaysia lebih berhati-hati dan berwaspada supaya tidak terpedaya dengan sindiket tersebut. – MalaysiaGazette