Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Keraguan jiran tentang seorang warga emas yang tidak keluar rumah terjawab apabila mayat wanita itu ditemukan di rumah tamu rumahnya di Kampung Kerdas, Gombak, dekat sini, kelmarin

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pengadu membuat laporan pada 26 Disember lalu setelah berasa tidak sedap hati setelah jirannya berusia 73 tahun yang tinggal berseorangan tidak keluar rumah selama lima hari.

“Polis dan bomba yang bergegas ke lokasi sebelum pemeriksaan di dalam rumah mendapati wanita warga emas ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di ruang tamu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Ariffin, pasukan pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur yang bergegas ke lokasi telah membuat pemeriksaan lanjut ke atas mangsa sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Tambah beliau, siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit kencing manis, asma dan sakit tulang belakang sejak beberapa tahun lalu dan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, tiada unsur jenayah dikesan dalam kematian wanita itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast