Riad Asmat. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 22 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Riad Asmat meletak jawatan hari ini.

Dalam catatan di Instagram, Riad mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan pasukannya atas sokongan berterusan yang diberikan dalam tempoh baik atau sukar serta berkata: “amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan setiap daripada anda pada sepanjang tahun ini.”

“Dalam saya berehat sebentar dan beralih kepada kemungkinan peranan penasihat untuk organisasi ini, sila jaga diri selalu.

“Saya tidak begitu percaya pada ucapan selamat tinggal tetapi lebih kepada jumpa lagi nanti. Oleh itu, jumpa lagi nanti,” katanya, sambil menambah beliau gembira dalam setiap perjalanan di AirAsia tanpa ada rasa kesal.

Riad dilantik sebagai CEO AirAsia pada 10 Januari 2018. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast