Dua cedera dalam kebakaran gudang perkakas di Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini.

PERMATANG PAUH – Seorang pekerja gudang perkakas parah manakala seorang lagi cedera ringan selepas premis tersebut terbakar dalam kejadian di Jalan Permatang Janggus, di sini, hari ini.

Kejadian jam 11 pagi itu turut memusnahkan tujuh kenderaan yang terdiri daripada masing-masing dua buah lori dan motosikal serta tiga buah kereta.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.05 pagi sebelum 41 anggota dari beberapa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bergegas ke lokasi.

Tujuh kenderaan termasuk lori turut musnah dalam insiden tersebut.

“Sebaik tiba pihak bomba dapati kebakaran berlaku membabitkan sebuah gudang menyimpan perkakas dengan anggaran kemusnahan 80 peratus.

“Semakan lanjut mendapati dua mangsa iaitu pekerja lelaki warga Myanmar berusia 50-an melecur 70 peratus manakala dan wanita tempatan berumur 30-an pula mengalami kecederaan ringan.

“Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut sebelum anggota membuat kerja pengawalan dan pemadaman api,” katanya, hari ini.

Tambahnya, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

”Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.45 petang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast