JERUSALEM – Israel menyelar tindakan Afrika Selatan yang menyeret negara itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Hague atas jenayah pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
Kementerian Luar Israel bertindak balas terhadap permintaan Afrika Selatan dengan menyatakan bahawa “Israel menolak dengan jijik penipuan darah Afrika Selatan dalam permohonannya kepada ICJ”.
“Tuntutan Afrika Selatan tidak mempunyai asas fakta dan undang-undang dan merupakan eksploitasi keji dan murahan terhadap mahkamah. Afrika Selatan bekerjasama dengan organisasi pengganas yang menyeru kemusnahan negara Israel,” katanya seperti dilaporkan The Juruselam Post.
Semalam Afrika Selatan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap Israel atas alasan ia telah melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Genocide dalam serangan berdarah dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
“Afrika Selatan amat prihatin dengan nasib orang awam yang terperangkap dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sekarang kerana penggunaan kekerasan yang sewenang-wenangnya dan pemindahan penduduk secara paksa,” kata Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama negara itu.
Jabatan itu memetik kebimbangan penduduk awam Gaza yang terperangkap dalam serangan Israel dan menuduh zions menggunakan kekerasan ke atas semua penduduk dan memaksa mereka berpindah.
Ia juga berkata bahawa terdapat laporan berterusan mengenai jenayah antarabangsa, seperti jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang, yang dilakukan bertepatan seperti yang ditakrifkan dalam Konvensyen 1948 mengenai Pencegahan dan Hukuman Genosid.
“Afrika Selatan amat prihatin dengan nasib orang awam yang terperangkap dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sekarang kerana penggunaan kekerasan yang sewenang-wenangnya dan pemindahan penduduk secara paksa,” kata Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Kerjasama Afrika Selatan
Afrika Selatan menyatakan bahawa mereka telah berulang kali mengutuk semua bentuk keganasan dan serangan terhadap orang awam, dan telah menggesa gencatan senjata segera dan kekal. – Agensi