KUANTAN – Menjelang 2024, rakyat di negeri ini diseru agar memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan negeri untuk terus menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduknya.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia bagi memastikan Pahang melangkah sebagai sebuah negeri maju di negara ini.
“Selamat menyambut Tahun Baharu 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya rakyat di Negeri Pahang Darul Makmur.
“Sesungguhnya tahun 2023 telah meninggalkan banyak peristiwa pahit dan manis serta pencapaian-pencapaian yang boleh kita jadikan ukuran dan panduan untuk kita tingkatkan lagi pada tahun 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam pada hari ke 365 dalam kalender tahun 2023.
Wan Rosdy berharap semoga semua pihak terus mendepani cabaran dengan semangat yang baru, harapan yang tinggi, dan tekad yang kukuh untuk mencapai semua impian dan tujuan.
“Selamat Menyambut Tahun 2024. Pahang Prihatin, Rakyat Makmur,” katanya. – MalaysiaGazette