GERIK – Seorang ibu bersama anak perempuannya ditemukan rentung selepas terbabit dalam kebakaran pondok di sebuah dusun di Kampung Air Tarung, Jalan Air Ganda dekat sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian kebakaran pondok pukul 7.38 pagi.
Katanya, sejurus selepas itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurut beliau, pihak polis memaklumkan terdapat dua mangsa dikhuatiri berada di dalam pondok berkenaan.
Rentung ibu anak perempuan pondok terbakar kebun kebakaran Gerik pondok Perak.
“Setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah pondok musnah terbakar 95 peratus.
“Bagaimanapun, pasukan penyelamat mendapati api telah padam sebelum di lokasi kejadian.
“Terdapat dua mangsa perempuan iaitu, mangsa pertama berumur 76 tahun dan seorang lagi mangsa berumur 43 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ujar Sayani, operasi berkenaan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Kamarul Ariffin Abd Ghani.
Identiti mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan.- MalaysiaGazette
















