Akuan Facebook yang didakwa palsu dengan menggunakan nama Mneteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Gambar: Facebook Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung tindakan pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun palsu menggunakan identitinya.

Menerusi hantaran di Facebook, Dzulkefly memaklumkan, akaun palsu itu dibuat dengan tujuan yang meragukan dan sangat dikesali.

“Satu aduan rasmi kepada SKMM telah dibuat pagi ini untuk tindakan selanjutnya pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan identiti yang boleh mengelirukan orang ramai.

“Sila abaikan sebarang ‘engagement’ daripada penama akaun berkenaan serta-merta bagi mengelakkan sebarang kebocoran dan penyalahgunaan maklumat,” katanya.

Dzulkefly turut memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan akaun palsu menggunakan gambar beliau bersama bekas menteri pendidikan yang juga bekas ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik. – MalaysiaGazette