KUALA LUMPUR – Model terkenal, Malia Rehman digelar nenek tercantik selepas anaknya menimang cahaya mata.
Model kelahiran Jepun itu berusia 40 tahun dan anaknya itu berusia 21 tahun.
“Selamat datang ke rumah. Semua orang kembali pada musim dingin ini. Sepertinya rumah kita akan menjadi lebih meriah,” tulis model itu menerusi Instagram miliknya.
Melia sering mendapat pujian netizen kerana kelihatan muda dan memiliki bentuk badan yang masih menawan.
Untuk rekod, Malia diketahui mempunyai empat orang anak hasil hubungannya dengan beberapa atlet.
Malia pada asalnya berkahwin dengan Hayuma Tanaka, Yuhei Sato dan Maito Santos yang bekerja sebagai pemain bola sepak.
Kemudian, Malia juga telah berkahwin dengan Norifumi ‘Kid’ Yamamoto yang merupakan seorang pejuang MMA. – Agensi