Dr Akmal sedang lembu yang dibiarkan tanpa pengawasan sehingga menyebabkan kemalangan di Merlimau, Jasin.

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Akmal Saleh terus melakukan ‘kerja gila’ untuk menjaga penduduk di kawasannya daripada menjadi mangsa kemalangan lembu di jalan raya.

Kali ini Ketua Pemuda UMNO itu menyerbu sebuah ladang kelapa sawit untuk mencari pemilik lembu yang membiarkan haiwan ternakan itu tanpa pengawasan.

Menerusi video berdurasi 2 minit 43 saat itu, beliau dilihat sedang mencari lembu yang telah mengakibatkan kemalangan jalan raya, kelmarin sebelum berjaya menemui penjaga lembu.

Bagaimanapun tindakan lelaki terbabit yang menafikan lembunya terlibat dalam nahas itu mengundang kemarahannya yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan,beliau.

“Ada orang sudah kena langgar sekarang siapa nak bertanggungjawab?

“Inilah masalahnya bila dah berlaku kemalangan memang tiada siapa akan mengaku pemilik lembu,” katanya lagi sambil memberi amaran kepada lelaki berkenaan.

Khamis lalu, Dr Akmal sanggup membuat ‘kerja gila’ menyelongkar beberapa longgokan plastik sampah yang dibuang di bahu Jalan Merlimau-Muar untuk mencari pelakunya.

Beliau kemudian menjumpai plastik preskripsi ubat dari Klinik Merlimau atas nama Cik Aida dan wanita terbabit akhirnya tampil mengaku membuang sampah di jalan berkenaan sebelum dikenakan kompaun. – MalaysiaGazette