Kejadian tanah mendap di Sekolah Kebangsaan Bandar 2 Paloh Hinai yang membahayakan lapan sekeluarga.- Gambar ihsan IPD Pekan.

KUANTAN – Penghuni Kuarters Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2 Paloh Hinai, Pekan dekat sini hari ini diarahkan berpindah berikutan kejadian tanah mendap berhampiran kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima makluman daripada pihak sekolah berhubung kejadian itu pada pukul 9 pagi tadi.

Beliau berkata, lokasi tanah mendap itu dilihat membahayakan penghuni bangunan kuarters empat tingkat itu yang terdiri daripada 24 individu daripada lapan keluarga.

“Untuk makluman, bangunan kuarters telah dikosongkan oleh semua penghuni bagi langkah-langkah keselamatan. Kesemua penghuni telah dipindahkan sementara ke asrama sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin,

Mohd Zaidi memberitahu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di kawasan tersebut.

Dalam masa sama, katanya, penyiasatan tanah dan tapak oleh Bahagian Struktur dan Cerun juga akan dijalankan secara terperinci bagi tujuan pembaikan kawasan terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast