Wan Ahmad Fayhsal ADUN Ijok gimik politik puad zarkashi MPN demokrasi UMNO nor salwani Kerajaan Perpaduan Kit Siang Rafizi ringgit SPRM
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi mangsa ‘perbicaraan media’ dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Menurut beliau, sebagai contoh, ada agensi media melaporkan Najib menerima dan menggunakan AS$681 juta yang dikaitkan dengan 1MDB untuk membeli undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Sedangkan ia tidak pernah terbukti di mahkamah kerana sebanyak AS$260 juta daripada jumlah keseluruhan telah dikembalikan kepada penyumbang,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Kelmarin, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya akan mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap beberapa laporan media membabitkan perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum itu terdapat laporan media ‘tidak tepat’ berkaitan anak guamnya yang ditulis berdasarkan kenyataan saksi pendakwaan.

Mohd Puad menambah, mereka yang hadir mengikuti perbicaraan di mahkamah pasti mendapati aduan Muhammad Shafee adalah benar.

Beliau memberitahu, terdapat keterangan saksi yang bercanggah dan penting namun ia tidak dilaporkan.

“Tetapi kesimpulan saksi yang mungkin ikut skrip pendakwa sering disensasikan.

“Maka amat wajar tindakan undang undang diambil,” jelasnya. – MalaysiaGazette