KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu menyedari soal kemanusiaan yang membelenggu rakyat Palestin mendapat pembelaan daripada masyarakat dunia.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tidak sepatutnya badan dunia itu mengatakan Gaza tidak lagi sesuai diduduki manusia sebaliknya kemerdekaan harus diberikan kepada rakyat mereka.
“Walaupun saya PBB merasakan di Gaza tidak lagi sesuai diduduki oleh manusia tetapi pendirian Malaysia, rakyat Palestin mesti kembali ke tanah air mereka dengan merdeka.
“Rakyat Malaysia menyeru PBB dan pertubuhan pro Israel harus sedar soal kemanusiaan adalah soal sejagat yang harus didokong oleh seluruh warga dunia,” katanya pada sidang media hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan pendirian kerajaan berkenaan konflik Palestin-Israel tidak akan berubah sama sekali.
Wisma Putra berpendirian Malaysia dalam menyokong hak rakyat Pelastin akan sentiasa kekal.
Malaysia sentiasa menyokong pengembalian hak mutlak bebas kepada rakyat Palestin daripada pendudukan haram Israel dan pengembalian hak tanah yang telah dirampas. – MalaysiaGazette