PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tiga individu, termasuk seorang wanita disyaki menculik seorang pelajar sekolah menengah di Kepong, dekat sini, ditahan polis Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang perempuan menyatakan bahawa anak perempuannya berusia 17 tahun telah dibawa masuk ke dalam sebuah kereta oleg seorang wanita dan seorang lelaki semasa berada di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kepong.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati pengadu telah dimaklumkan oleh guru pelajar berkanaan kejadian tersebut.

“Pada 5 Januari 2024 jam lebih kurang 11.30 malam, pihak IPD (Ibu Pejabar Polis Daerah) Gombak telah menahan dua lelaki warga tempatan berumur 22 tahun dan 20 tahun dan satu perempuan warga tempatan berumur 20 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Noor Ariffin, penahanan tersebut membawa kepada rampasan sebuah kereta kereta dan sebuah motosikal.

Katanya, suspek direman selama empat hari hingga Selasa ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menguhubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Insp. Yap Ching Chua di talian 019-9969649 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222. – MalaysiaGazette