isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihatkan supaya berhenti daripada terus bercita-cita untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Muhammad Sanusi seharusnya mengikut saranan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang agar pertukaran kerajaan berlangsung pada Pilihan Raya Umum ke-16.

Sementara itu Mohd. Puad yakin dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa lapan ahli Parlimen (MP) akan menyokong Perdana Menteri adalah betul.

“Syed Abu Hussin mendedahkan tujuh, lapan lagi MP Bersatu akan sokong Anwar pada sidang Parlimen Febuari nanti.

“Dakwaan Syed Abu Hussin diyakini benar. Sebelum itu semasa bertemu kawan kawan rapatnya, dia maklum akan umum sokong Anwar di hari terakhir penggulungan Bajet 2024. Ternyata ia berlaku.

“Justeru cerita tujuh, lapan MP Bersatu akan ikut jejak yang lain diyakini bukan rekaan. Tujuh nama yang beliau sebut di majlis tertutup itu memang munasabah,” katanya dalam perkongsian di media sosial.

Sebelum ini, media melaporkan, Muhammad Sanusi yakin Langkah Dubai akan menjadi kenyataan namun tidak boleh mendedahkan butirannya.

Beliau mendakwa, pemimpin Kerajaan Perpaduan pada ketika ini ibarat takut pada bayang-bayang sendiri kerana tahu akan kehilangan kuasa pemerintahan.

Menurutnya, kejatuhan kerajaan akan berlaku menerusi peralihan sokongan ahli Parlimen dan tindakan itu tidak menyalahi Perlembagaan mahupun amalan demokrasi.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kelompongan dalam Akta Lompat Parti menyebabkan peralihan kuasa akan berlaku namun masih dalam garis dibenarkan Perlembagaan.

Sementara itu, Syed Abu Hussin Hafiz mengulangi kenyataannya bahawa sekurang-kurangnya lapan Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Beliau berkata Ahli Parlimen terbabit dijangka akan mengisytiharkan sokongan berkenaan pada sidang Parlimen akan datang.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Puad Zarkashi percayakah pada pengumuman Syed Abu Hussin tu benar?
    rakyat yang tertekan kini harap berlaku nyata langkah Dubai itu. Puad dijemput untuk langkah Zahid Hamidi.

Comments are closed.