Kemusnahan yang mengerikan di Gaza.

TEL AVIV – Seorang Ahli Parlimen Israel menandatangani petisyen menyokong tindakan Afrika Selatan menyeret negara itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

MK Ofer Cassif dari parti Hadas-Ta’al bertegas, tugas perlembagaan beliau adalah kepada masyarakat Israel dan semua penduduknya.

“Bukan kepada kerajaan yang anggotanya dan gabungannya menyeru untuk pembersihan etnik dan juga pembunuhan beramai-ramai yang sebenar.

“Merekalah yang merugikan negara dan rakyat, merekalah yang membawa kepada rayuan Afrika Selatan ke The Hague, bukan saya dan rakan-rakan saya,” tulisnya di X.

Cassif adalah salah seorang daripada kira-kira 200 warga Israel yang menandatangani petisyen sokongan untuk kes Afrika Selatan menyeret Israel ke ICJ, lapor Ynet.

Katanya, dia tidak akan berputus asa memperjuangkan kewujudan sebagai masyarakat bermoral dan apa akan melakukan segala yang boleh mengikut undang-undang menghentikan pembunuhan di Gaza.

“Ini adalah patriotisme sebenar…bukan pertumpahan darah yang tidak perlu, dan tidak mengorbankan rakyat dan tentera yang diculik dalam peperangan yang tidak masuk akal,” katanya.

Dalam permohonan yang difailkan minggu lalu, Afrika Selatan menuduh Israel melakukan tindakan semasa perangnya di Gaza yang “bersifat genosid, kerana mereka komited dengan niat khusus yang diperlukan… untuk memusnahkan rakyat Palestin di Gaza sebagai sebahagian daripada warga Palestin yang lebih luas, kumpulan kaum dan etnik.”

Israel menjawab petisyen itu, menuduh Afrika Selatan sebagai “libel darah,” sambil mengesahkan bahawa ia akan menghantar wakil untuk mempertahankan negara itu daripada tuduhan itu.

Awal Ahad, Israel berkata bekas Presiden Mahkamah Agung negara itu, Aharon Barak, 87, akan dilantik menjadi salah seorang panel 15 hakim yang akan mendengar dakwaan oleg Afrika Selatan.

Afrika Selatan akan membentangkan kesnya di The Hague pada hari Khamis, diikuti oleh Israel pada hari Jumaat.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast