Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Kawasan-kawasan terbabit ialah Hulu Perak, Perak; Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Jerantut, Pahang dan Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Selain itu, Melaka, Tangkak, Segamat dan Muar di Johor dan Samarahan (Asajaya dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikel, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) di Sarawak.

MetMalaysia juga menjangkakan cuaca buruk itu berlaku di pantai barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) di Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir jangka pendek itu sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast