Sebuah rumah di Felda Chini yang ditenggelami air. Sumber : Orang Awam

KUANTAN – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, paras air di dua buah sungai di Rompin kini melepasi paras bahaya.

Paras air Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia setinggi 12.15 meter dan Sungai Rompin di Jambatan Kuantan-Segamat, Rompin pula 10.07 meter.

Paras air di Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan pula merekodkan bacaan 9.84 meter melepasi paras amaran dengan trend menaik.

Dalam pada itu, seramai 1,359 individu di tiga daerah di negeri ini masih terjejas akibat banjir dan berlindung di 26 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi tadi.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri (JPBN), tiga daerah yang terjejas masih membabitkan Rompin, Pekan dan Maran.

Katanya, Rompin masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 658 orang pada 200 keluarga, diikuti Pekan membabitkan 360 orang daripada 89 keluarga.

Manakala, daerah Maran pula merekodkan 341 orang mangsa banjir daripada 86 keluarga yang masih berlindung di tujuh PPS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast