SEOUL – Samsung Electronics menjangkakan keuntungannya untuk tiga bulan terakhir 2023 jatuh lebih satu pertiga.
Penurunan ini jauh lebih buruk daripada jangkaan penganalisis didorong oleh permintaan yang kekal lemah.
Samsung yang berpangkalan di Korea Selatan ialah pengeluar cip memori, telefon pintar dan televisyen terbesar di dunia.
Syarikat itu dijadualkan mengeluarkan laporan pendapatan kewangan terperinci pada 31 Januari ini.
Samsung menganggarkan keuntungan operasinya jatuh kepada 2.8 trilion won
(AS$2.13 bilion) pada suku keempat 2023, 35% lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2022.
Ia jauh lebih rendah daripada kira-kira 3.7 trilion won yang dijangkakan oleh penganalisis industri teknologi.
Permintaan untuk alat elektronik dan cip memori yang masuk ke dalamnya meningkat semasa penutupan Covid-19 apabila pengguna membeli peranti baharu untuk digunakan di rumah.
Walau bagaimanapun, harga cip memori jatuh mendadak tahun lepas disebabkan pengumpulan stok besar komponen elektronik utama berikutan wabak itu, dan jualan yang lebih perlahan untuk peranti seperti komputer riba dan telefon mudah alih. – Agensi