Aries Ryan Philip Among (dua dari kiri) di mahkamah atas tuduhan menyamar pegawai kanan SPRM dan meminta wang.

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Aries Ryan Philip Among mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas dua pertuduhan menyamar sebagai menyamar, masing-masing sebagai Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, Aries, 30, didakwa menggunakan aplikasi Whatsapp untuk menipu seorang lelaki dengan secara curangnya mendorong mangsa untuk mempercayai dirinya adalah imbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya hingga menyebabkan mangsa memasukkan wang sebanyak RM8,000 ke dalam sebuah akaun dengan alasan untuk sumbangan lembu korban.

Tertuduh juga didakwa menipu individu sama dengan menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sehingga mendorong mangsa memasukkan RM27,000 ke dalam sebuah akaun kononnya sebagai sumbangan untuk menghadiri konvokesyen anaknya di Sydney, Australia, dan RM14,300 ke dalam akaun lain sebagai pinjaman, pada pukul 11.22 pagi 30 Jun lalu.

Kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan turut dikenakan dua pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan bagi kes yang sama.

Hakim Jason Juga memerintahkan Aries dijamin dengan cagaran wang tunai RM40,000 dengan deposit RM5,000 beserta seorang penjamin.

Dia juga perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM setiap dua bulan selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Izzati Sapifee dan tertuduh diwakili peguam Mohd Amirul Amin.

Mahkamah menetapkan 14 Februari 2024 untuk sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast