Sambung bicara 1MDB bekas PM, Datuk Seri Najib Razak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 5 JANUARI 2024.

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan perkaraa yang membabitkan Lembaga Pengampunan termasuk kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana kuasa tersebut adalah budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan Kabinet tidak boleh mendahului proses tersebuy

“Kita tidak membincangkan dalam mesyuarat hari ini tetapi biasanyanya kita tidak boleh mendahului proses yang sepatutnya.

“Jadi kita serahkan kepada Lembaga Pengampunan dan kuasa Yang Di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan Channel News Asia bahawa permohonan bekas perdana menteri yang kini dipenjara itu akan didengar dalam sesi Lembaga Pengampunan pada minggu ketiga Januari ini.

CNA memetik kenyataan seorang ahli kanan dalaman kalangan orang kepercayaan Najib berkata, terdapat ‘suasana positif’ mengenai petisyen pengampunan itu sekiranya permohonan itu didengar dalam mesyuarat bulan ini.

Bulan lalu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pasukannya akan menulis surat ke Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan Najib untuk pengampunan diraja, yang difailkan hampir 10 bulan lalu.

Najib yang juga bekas Presiden UMNO sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang kerana kes rasuah RM42 juta SRC International.

Selain itu, beliau juga sedang dibicarakan untuk pertuduhan lain berkaitan skandal 1MDB. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast