Mohd Khalid Harun dan Nabeel Zailalie (kanan).

KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menjalinkan kerjasama dengan Aplikasi Tawkeel, syarikat teknologi terkemuka Saudi, untuk memanfaatkan penyelesaian teknologi inovatif bagi mencegah penipuan pengendali pelancongan umrah badal.

Memorandum persefahaman itu ditandatangani baru-baru ini sempena Pameran Haji dan Umrah 2024 di Jeddah, Arab Saudi.

MATA yang mewakili lebih 400 agensi pelancongan berlesen di Malaysia.

Melalui perkongsian strategik ini, MATA dan ahlinya akan mendapat akses kepada aplikasi Tawkeel bagi memudahkan umat Islam di Malaysia yang tidak dapat melakukan ibadah Umrah, seperti meninggal dunia.

Aplikasi Tawkeel mendokumentasikan ibadah umrah secara langsung melalui tanyangan video dan berkongsi foto dengan pelanggan.

Sijil umrah dihantar kepada pelanggan setelah selesai mengadakan ibadah umrah, dan kad hadiah boleh diminta di atas nama pelanggan.

Jemaah dari aplikasi Tawkeel yang melakukan ibadah umrah secara proksi adalah sekumpulan pelajar Universiti Islam dan penghafaz al Quran.

Aplikasi Tawkeel boleh digunakan dalam lebih daripada 9 bahasa, ramai Tawkeel boleh bertutur dalam dua bahasa atau lebih, bagi memudahkan proses komunikasi antara Jemaah Tawkeel dan pelanggan.

Presiden MATA, Datuk Dr Mohd Khalid Harun menegaskan melalui teknologi visual, penyertaan antara kedua-dua pihak, serta hak untuk mewakilkan pelanggan, adalah satu platform seiring dengan usaha cemerlang oleh Kementerian Haji dan Umrah dan wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi dalam transformasi digital semua perkhidmatan.

“MATA komited untuk memerangi penipuan badal umrah dan melindungi kepentingan umat Islam Malaysia,” katanya sambil menambahaplikasi Takweel berkongsi visi MATA untuk memanfaatkan teknologi dan inovasi untuk membina ekosistem umrah yang boleh dipercayai.

Sementara itu, Nabeel Zailalie, Ketua Pegawai Eksekutif Tawkeel Apps berkata, teknologi aplikasi itu direka khusus untuk menghadapi cabaran unik dalam industri umrah, dan akan menjadi alat yang berkesan untuk MATA menguatkuasakan standard kualiti dan integriti yang tinggi dalam kalangan agensi pelancongan.- MalaysiaGazette