Logo Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyokong penuh komitmen kerajaan untuk memastikan penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan bagi akses kepada rangkaian 5G.

Pengumuman oleh Menteri KomunikasiFahmi Fadzil mengenai perkara tersebut adalah selari dengan usaha berterusan kerajaan dalam menyediakan akses teknologi telekomunikasi canggih yang adil dan saksama buat seluruh rakyat Malaysia.

“SKMM akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih mematuhi komitmen yang telah dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Setakat 31 Disember 2023, perkhidmatan rangkaian 5G telah berjaya mencapai 80.2 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Sekiranya terdapat aduan berhubung caj akses 5G, pengguna boleh menyalurkannya menerusi Portal Pengguna MCMC di https://aduan.mcmc.gov.my atau hubungi talian 1-800-188-030. – MalaysiaGazette