Norshahrul Idlan Talaha.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, secara terbuka mendesak Melaka United menyelesaikan tunggakan gajinya selama enam bulan.

Menerusi Instagram miliknya, dia memberitahu, gajinya masih belum dibayar walaupun berjaya mendapatkan semula media sosialnya itu yang sudah lama digodam.

“Melaka United, IG saya pun dah dapat balik. Gaji yang tertunggak enam bulan tu agak-agak bila nak dapat balik?

“Lama tunggu, bayarlah hutang. Banyak kerugian isteri dan anak-anak alami. Tak baik aniaya orang. Bila nak bayar tu? Enam bulan bukan enam minggu tapi enam bulan tak bergaji. Kerja pergi kerja, gaji tak nak bayar?

“Macam ni anda bela nasib pemain yang pernah berbakti kepada negara? Awal-awal tahun 2022 dah lewat bayar lepas tu sikit-sikit pula,” tulisnya.

Norshahrul yang juga pemain Harini FT dalam Liga M3 juga mengecam tindakan Melaka United sebelum ini yang tidak ukur baju di badan sehingga mendapatkan pemain import walaupun memiliki bajet rendah.

Melaka United FC kini telah dibubarkan namun sehingga hari ini masih lagi terdapat masalah tersebut melibatkan bekas pemain mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast