TEHRAN – Tentera Laut Iran semalam mengesahkan telah melakukan rampasan ke atas sebuah kapal tangki minyak di Laut Oman.
Menurut kenyataan yang disiarkan media, sayap tentera laut berkata, rampasan kapal AS dilakukan ‘berdasarkan arahan mahkamah’.
Tentera laut berkata, kapal tersebut telah mencuri minyak Iran pada tahun lalu ‘di bawah arahan AS’ dan membekalkannya kepada Washington.
Menurut kenyataan itu, kapal yang sedang belayar di Laut Oman dirampas apabila mahkamah mengarahkan ‘tindak balas terhadap mencuri minyak Iran oleh AS’.
Katanya, kapal berkenaan telah dibawa ke pelabuhan Iran dan diserahkan kepada pihak bekuasa untuk tindakan perundangan.
Perincian mengenai insiden itu masih tidak jelas. Tentera Laut Iran dijangka mengeluarkan kenyataan yang terperinci kemudian.
Laporan media memetik firma keselamatan maritim United Kingdom, Ambrey berkata, kapal tangki tersebut ‘dinaiki individu-individu bersenjata di luar persisir Oman’ ketika ia belayar berhampiran bandar Sohar, Oman.
Sistem penjejakan AIS kapal tersebut melaporkan telah ditutup ketika ia belayar menuju pelaburan Bandar-e-Jask, Iran.
Menurut laporan media, kapal tersebut yang dirampas Tentera Laut Iran itu dimuatkan dengan 145,000 tan metrik minyak di Pelabuhan Basra, Iraq.
Sehubungan dengan itu, kapal tangki St Nikolas mencetuskan pertelingkahan antara Tehran dan Washington pada tahun lalu selepas ia dirampas AS pada April berikutan pelaksanaan sekatan ketika ia belayar di bawah nama Suez Rajan.
Kapal tangki itu diarahkan ke palabuhan di Texas di mana ia kekal berlabuh selama empat bulan sebelum Tentera Laut AS mengeluarkan 800,000 tong minyak bernilai AS$56 juta, tanpa mengendahkan amaran Iran.
Ketika itu Washington menuduh Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) cuba menghantar minyak Iran ke China, yang mana ia melanggar sekatan yang dilakukan.
Sebelum minyak dibawa keluar Texas, paraa pegawai tentera Iran memberi amaran tentang akibat yang akan dialami, dengan Komender Tentera Laut IRGC, Alireza Tanjsiri berkata, ‘era pukul dan lari’ telah berakhir.
“Kami mengisytiharkan bahawa kami memegang sebarang syarikat minyak yang mahu memunggah minyak mentah kami daripada kapal yang bertanggungjawab, dan kami menyatakan AS bertanggungjawab,”.