Ketua Pegawai Eksekutif Think Quran, Datuk Abdul Radzeen Abdul Rahman

SHAH ALAM – Think Quran melancarkan kempen #FahamKhatamalQuran untuk menggalakkan orang ramai memahami setiap perkataan dalam kitab suci tersebut menjelang Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Radzeen Abdul Rahman berkata, dengan menggunakan kaedah pengulangan dan modul berkesan, Think Quran menyasarkan pengguna aplikasinya dapat mengimarahkan bulan puasa tahun ini dengan lebih berkesan.

“Dengan lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia, modul aplikasi Think Quran amat berkesan dalam menawarkan modul ringkas yang padat dalam masa singkat.

“Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa membolehkan pembelajaran dan penghayatan al-Quran dapat dilakukan di mana-mana sahaja untuk mengisi ruang masa ketika bulan Ramadhan.

“Hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi,” katanya ketika berucap merasmikan kempen #FahamKhatamalQuran di Karangkraf Mall, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal al-Quran.

“Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,” katanya.

Tambah beliau, pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuran Time di TV Digital.

“Bersempena dengan pelancaran kempen ini, Think Quran menawarkan satu set percuma al-Quran Amazing dengan setiap langganan seumur hidup Think Quran pada harga RM300,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast