KUALA LUMPUR – Gerakan cadangkan Perdana Menteri memanggil Dewan Rakyat supaya bersidang dengan segera untuk membuktikan usul undi tidak percaya dapat dibentangkan.
Ketua Pemuda Gerakan Johor, Teo Jin Wei mahu Anwar membuktikan kepada rakyat dan itu cara demokrasi yang mereka mahukan.
Beliau berkata demikian mengulas cabaran Pengerusi Pakatan Harapan itu yang mencabar pembangkang membawa usul berkenaan semalam ekoran kecoh adanya Langkah Dubai.
Jin Wei menyoal adakah Anwar benar-benar faham akan implikasinya jika usul berkenaan.
“Sekiranya Anwar tidak mempunyai nombor seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, Anwar bukan sahaja akan jadi mantan Perdana Menteri Malaysia malah mencipta rekod perdana menteri bersara paling awal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Seperti mana yang umum diketahui, menurutnya, Perikatan Nasional (PN) mempunyai kebolehan dan kecekapan dalam memerintah kerajaan dan ia terbukti dalam pengurusan Covid -19 dan kebangkitan semula ekonomi negara pasca pandemik.
“Ingat tak semua, pada awal tahun 2020, ketika wabak Covid-19 sedang merebak pantas, kerajaan Pakatan Harapan meletak jawatan pada waktu yang sangat kritikal menyebabkan seluruh jentera negara tidak stabil?
“Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak pantas, memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri dan seterusnya melancarkan jentera melawan pandemik, mengutamakan rakyat melalui agenda prihatin dan menekankan kestabilan sektor ekonomi” katanya. – MalaysiaGazette
Muka tak malu…parti dah kena terajang dgn rakyat..satu kerusi pun tak menang lagi nak bersuara..tak sedar diri punya Gerakan