Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak

KUALA LUMPUR – Sebanyak 362 syarikat yang diiktiraf sebagai pengeluar makanan dan hanya satu sahaja berstatus Biobased Accelerator (BBA) dan BioNexus di bawah Bioeconomy Corporation.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khairul Fidzal Abdul Razak berkata, YC Bersatu Biotech Sdn Bhd (YCBBSB) yang berasal dari Tawau, Sabah merupakan syarikat pertama yang mengadaptasikan bioteknologi.

“Kita amat berbangga dengan kemajuan dan perkembangan kilang pengeluar sos pertama yang mengadaptasikan bioteknologi secara sepenuhnya.

“Kita mengharapkan lebih banyak kilang sos di Malaysia mengadaptasikan bioteknologi termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Acara Pesta Makanan di Pusat Beli-belah MyTown Cheras, di sini, hari ini.

Syarikat pengeluar pelbagai jenis SOS, YCBBSB menerima pengiktirafan sebagai Pengilang Sos Soya Pertama di bawah program BBA dengan status BioNexus daripada Malaysia Book Of Records (MBR).

Hadir sama, Alvis Loo wakil kepada Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup.

YCBBSB merupakan sebuah syarikat jenama Malaysia yang beroperasi di Pulau Pinang dan ditubuhkan pada 2020.

Antara hasil keluaran yang dipasarkan syarikat ialah seperti sos tiram, sos lada hitam, kicap dan kicap gelap untuk pasaran domestik Malaysia.

Ia mengkhususkan dalam pembuatan kicap ringan, kicap hitam, sos tiram dan sos kacang hitam di bawah jenama Angsa Emas dan Machi yang bermaksud bermaksud ‘Aunty’.

Pertumbuhan dan reputasi perniagaan syarikat diiktiraf dan dikenali dengan moto ‘Satu Sos Dah Cukup Sedap’.

Sementara itu, Pengarah Urusan YCBBSB, Kelvin Han Wei Jian berkata, pihaknya merancang untuk membuka Restoran Machi bermula di Lembah Klang.

“Ia memberi peluang orang ramai untuk mencuba sendiri sos dan kicap dengan jenama Machi yang menggunakan bioteknologi sepenuhnya.

“Restoran Machi dijangka dibuka selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan akan datang,” katanya.

Selain pengiktirafan BBA dan BioNexus, produk keluaran YCBBSB juga telah mendapat sijil halal, Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan Amalan Pengilang Baik (GMP).

“Semua sijil sebagai pengeluar makanan termasuk halal pun kami ada.

“Kami peroleh Mesti, GMP dan Halal sejak beberapa bulan lalu,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast