Denis Shmygal.

LONDON – Perjanjian ketenteraan antara Kiev dan London yang dimuktamadkan baru baru ini adalah ‘dua hala’ dan menjamin sokongan tentera Ukraine kepada United Kingdom (UK) jika Rusia menyerang negara itu, kata Perdana Menteri Ukraine, Denis Shmygal.

Shmygal merujuk kepada perjanjian kerjasama keselamatan yang ditandatangani Perdana Menteri, Rishi Sunak dengan Presiden Ukraine, Vladimir Zelensky pada Jumaat lalu.

Perjanjian tersebut menetapkan sokongan untuk integrasi masa depan Ukraine dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan sebagai jaminan ‘pencegahan dan tindakan balas terhadap sebarang peningkatan ketenteraan atau pencerobohan baru oleh Rusia’

Semasa telemerathon disiarkan semalam, Shmygal menjelaskan, perjanjian itu adalah ‘dua hala’ dan jaminan sokongan yang mana Ukraine akan ‘bertindak untuk menyokong UK jika Rusia mahu menyerang kawan, rakan kongsi dan sekutu kami’.

“Bukan hanya Great Britain perlu bertindak balas dalam tempoh 24 jam jika terdapat pencerobohan terhadap Ukraine, Ukraine juga akan mempertahankan sekutu dan rakan kongsinya dalam tempoh 24 jam,” kata Shmygal seperti dipetik Ukrainskaya Pravda.

Shmygal menyifatkan pemeteraian perjanjian itu sebagai ‘bersejarah’ dan berharap negara lain akan mengikutinya.

Pada minggu lalu, Sunak melawat Kiev bagi memperkukuhkan sokongan Britain kepada Kiev ketika bantuan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) semakin menipis.

The British prime minister pledged £2.5 billion ($3.2 billion) in military assistance to Ukraine over the next two years, London’s largest aid package since the beginning of the military conflict in February 2022.

Perdana Menteri British itu berikrar menyalurkan bantuan ketenteraan berjumlah £2.5 bilion (AS$3.2 bilion) kepada Ukraine dalam tempoh dua tahun, pakej bantuan terbesar London sejak konflik ketenteraan bermula Februari 2022. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast