Foto: FB Jabatan Penerangan Negeri Johor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 112,524 atau 4.1 peratus warga Johor telah mendaftar dengan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam, selepas sistem itu dilancarkan pada 2 Januari lepas.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Johor dalam kenyataan memaklumkan jumlah pendaftaran itu dilihat masih kurang memberangsangkan.

“Justeru, Bangsa Johor dijemput hadir untuk membuat pengemaskinian profil di kaunter fizikal PADU di  Pusat Ekonomi Digital (PEDi) berhampiran,” menurut kenyataan itu.

Jabatan itu memaklumkan pegawai DOSM Johor akan berada di kaunter PEDi terpilih untuk membantu orang ramai dalam pengemaskinian PADU.

Menurut kenyataan itu, rakyat Johor juga boleh hadir ke semua Pejabat DOSM negeri di Johor Bahru, Kluang, Muar dan Batu Pahat bagi tujuan berkenaan.

Pengemaskinian juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web PADU www.padu.gov.my selain maklumat terkini berkaitan sistem itu boleh didapati menerusi media sosial rasmi PADU, Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM Johor.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast