mendengar taklimat pembangunan oleh Jabatan Kerja Raya ( JKR ) Daerah Pontian,  hari ini.

PONTIAN – Rang Undang-Undang khusus bagi membolehkan kerajaan mentadbir dan bertahan hingga akhir penggal merupakan langkah tepat dan mampu menjaga kestabilan politik negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, cadangan itu juga membolehkan parti yang memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) memerintah negara menamatkan penggal pentadbirannya.

“Kita tidak mahu berlaku seorang Yang di-Pertuan Agong mempunyai empat Perdana Menteri dalam satu penggal. Sebelum ini, seorang Perdana Menteri menjalankan tanggungjawab bersama empat Yang di-Pertuan Agong, tetapi ketika ini sebaliknya yang berlaku dan menyebabkan ketidakstabilan politik.

“Walaupun sekarang ini sudah ada 152 sokongan masih terdapat cerita-cerita untuk menjatuhkan kerajaan, perkara ini amat menganggu kerajaan hari ini, yang mahu melakukan pembangunan untuk rakyat,” katanya selepas diberi taklimat pembangunan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pontian,  hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan cadangan berhubung rang undang-undang khas tersebut bagi memastikan peristiwa terdahulu seperti pertukaran perdana menteri sebanyak tiga kali pada penggal Parlimen ke-14 tidak berulang pada masa hadapan.

Kata Ahmad Zahid, pengalaman pahit lalu menyaksikan negara berdepan dengan ketidakstabilan politik ekoran pertukaran tiga Parlimen dalam satu penggal sehingga menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara. – MalaysiaGazette