Ismail Haniyeh
Ismail Haniyeh (Gambar: Palestinian Information Center)

ISTANBUL – Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh mencadangkan penubuhan Pakatan Kebebasan dan Keadilan  Palestin sebagai satu gerakan untuk memperkukuhkan lagi perjuangan membebaskan negara yang dijajah Israel itu.

Memetik laporan Palestinian Information Center, beliau turut menyeru negara-negara Arab untuk menyokong pakatan tersebut selain memperluaskan solidariti antarabangsa bersama Palestin.

Menurut Ismail, langkah itu merupakan antara usaha meningkatkan penglibatan negara-negara Arab dan masyarakat antarabangsa dalam membantu perjuangan rakyat Palestin.

“Penjenayah Zionis telah merosakkan, mengepung dan menceroboh Masjid Al-Aqsa selain mencabuli tanah kami, hak asasi manusia dan tempat-tempat suci di seluruh Palestin.

“Bagi menangani situasi ini, kita memerlukan satu gerakan yang besar dan berkesan melibatkan saudara-saudara yang seagama dan sebangsa yang bertindak menerusi pelbagai cara.

“Ia dimulakan dengan melibatkan mereka dalam perjuangan menentang rejim Zionis Israel melalui penentangan secara langsung dan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam persidangan bertajuk ‘Kebebasan Untuk Palestin’ di sini, semalam. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast