Gambar hiasan

KUANTAN – Seramai 15,597 calon menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di 545 buah pusat di Pahang, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr. Zulkifle Ali Al-Hafiz berkata, daripada jumlah itu, 7,756 adalah pelajar lelaki dan 7,841 ialah pelajar perempuan.

”Peperiksaan bermula 16 Januari sehingga 23 Januari ini membabitkan penugasan seramai 39 ketua pengawas kawasan.

”Seramai 370 ketua pengawas peperiksaan dan 751 pengawas peperikasaan juga telah dilantik bagi pengurusan sepanjang peperiksaan berlangsung,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Katanya, seramai 261 guru dilantik sebagai pegawai pemeriksa dalam ujian yang menilai tahap penguasaan lapan subjek agama yang dibahagikan tiga bahagian iaitu ujian amali, lisan dan bertulis.

UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat serta Asas Lughatul Quran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast