Sebuah bilik hotel dan stor di bangunan tiga tingkat terbakar musnha 90 peratus.

KUALA LUMPUR – Dua bilik, termasuk stor, sebuah hotel musnah terbakar dalam kejadian di Jalan Airport City 1 di Sepang, Selangor musnah terbakar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.13 pagi.

Susulan itu, seramai sembilan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA digegaskan ke lokasi terbabit.

“Sebaik tiba dilokasi, anggota mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik hotel di bangunan tiga tingkat kelas A dengan berkeluasan 70×50 kaki persegi terbakar .

Sementara di bahagian bilik stor berkeluasan 12×8 kaki persegi di tingkat dua dengan anggaran kebakaran musnah 90 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata, kejadian tidak melibatkan nyawa mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast