Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan waris kepada seorang lelaki warga Myanmar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Senai-Seelong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tan Seng Lee berkata, dalam kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 petang itu siasatan pihaknya mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda dengan nombor pendaftaran JSG 1070.

“Motosikal yang dipandu mangsa hilang kawalan dan melanggar tembok di sebelah kiri jalan sehingga terbabas ke bahu jalan.

“Mangsa dikenali Clement Pho Kwar, 30 mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dokumen pengenalan diri mengandungi nomor UNHCR iaitu 791-13C05644, namun alamat mangsa tidak tidak diketahui,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai bagi tujuan bedah siasat.

Katanya, mayat mangsa masih belum dituntut oleh waris dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mangsa atau waris diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Fatin Mohd Radzi di talian 018-3649199 atau hadir ke bahagian siasatan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast