Kredit : Fb Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri hari ini menandatangani dan mengirim sekeping poskad khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri berkata poskad itu adalah bagi menzahirkan hasrat rakyat Malaysia agar PBB menerima Palestin sebagai negara anggota serta menuntut keganasan dan kezaliman terhadap warga Palestin oleh rejim Zionis dihentikan segera.

“Poskad khas ini akan diserahkan menerusi Wakil Tetap Malaysia ke PBB. Saya berharap suara tulus rakyat Malaysia ini mendapat perhatian serius daripada Guterres,” katanya.

Anwar berkata rakyat Malaysia juga boleh ikut serta dalam kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung PBB itu.

Beliau berkata mereka boleh berbuat demikian dengan membeli poskad itu mulai esok di semua pejabat pos atau menerusi laman sesawang rasmi Pos Malaysia Bhd. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast