Sumber: Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki meninggal dunia selepas terjatuh dari pokok dalam kebun durian di Kampung Gong Anak Nyor, Telosan, Pasir Puteh, Kelantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati mangsa mengikut bapanya ke kebun durian untuk mengambil buah petai.

“Semasa mangsa berada di ketinggian 20 meter, tiba-tiba mangsa terjatuh.

“Kejadian turut disaksikan oleh bapa mangsa sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Zaizul Rizal, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat.

Katanya, punca kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan pada bahagian dada akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Zaizul Rizal berkata, kes tersebut turut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan penyelamat Kelantan, anggota Balai Bomba Dan Penyelamat Pasir Puteh digerakkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 2.09 petang.

Katanya, mangsa yang berumur 40 an terbaring berhampiran pokok dalam keadaan tidak sedarkan diri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast