Thanabalan Ramasamy

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang saksi, Thanabalan Ramasamy, 45, bagi satu perbicaraan kes mengedar dadah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Thanabalan merupakan saksi bagi perbicaraan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Polis meminta orang ramai memberi kerjasama mengesan Thanabalan.

“Saksi diminta hadir bicara pada 22, 23 dan 24 Januari ini di Mahkamah Tinggi Jenayah 5, Shah Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, orang ramai diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Zuhairi Mohd Yusof di talian 017-2306366 sekiranya mempunyai maklumat berhubung lelaki tersebut. – MalaysiaGazette