KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-71 pada 15 Februari depan.
Selangor Royal Office menerusi Facebook memaklumkan, susulan mesyuarat akan datang, baginda semalam berkenan menerima menghadap Jawatankuasa MKI di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Antara yang hadir adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr Naim Mokhtar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merangkap Setiausaha MKI, Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff.
Pertemuan itu bagi membincangkan kertas cadangan yang akan dikemukakan pada mesyuarat MKI akan datang. – MalaysiaGazette