Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

KUCHING – Pejabat Premier Sarawak hari ini menafikan terdapat perbincangan mengenai pelantikan Yang Dipertua Negeri baharu dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak hari ini, pihaknya ambil  maklum mengenai laporan media yang menyatakan bahawa terdapat mesyuarat khas bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Berhubung perkara tersebut, Pejabat ini ingin menjelaskan bahawa tidak ada sebarang mesyuarat untuk tujuan sedemikian,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelantikan Yang Dipertua Negeri adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baru-baru ini, dilaporkan Speaker Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melepaskan jawatannya dan sedang bersiap sedia untuk menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak ketujuh pada 1 Mac 2014, bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast