PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahahtir Mohamad selesai memberikan ketegangan kepada polis Bukit Aman jam 4.04 petang tadi.
Beliau yang tiba di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) pada jam 2.37 petang diambil keterangan oleh tiga pegawai polis yang menaiki sebuah kenderaan rasmi.
Ketiga-tiga mereka tiba seawal jam 3 petang bagi merakamkan keterangan berhubung kenyataan Mahathir berkenaan masyarakat India di negara ini tidak setia sepenuhnya kepada negara.
Mahahtir difahamkan akan mengadakan sidang media selepas pihak polis meninggalkan pekarangan YKP.
Lagi menyusul…
















