Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pimpinan NGO pada Himpunan Selamatkan Tanah Air Di Istana Negara di sini hari ini.- Gambar media sosial

KUALA LUMPUR – “Saya hadir pasal saya juga rakyat Malaysia dan ini adalah gerakan rakyat jadi saya bersimpati dengan mereka”.

Itu kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas hadir bersama orang ramai dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di pintu dua Istana Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian setelah selesai tiga wakil NGO menerima perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddij Al-Mustafa Billah Shah bagi menyampaikan memorandum yang mengandungi pelbagai tuntutan melibatkan isu negara.

Dr Mahathir hadir sebagai tanda solidariti terhadap kira-kira 4, 000 peserta Himpunan Selamatkan Tanah Air Di Istana Negara hari ini.

 

Menurut beliau, rakyat kini ramai yang sengsara, hinggakan ada yang membunuh diri kerana desakan hidup.

“Apa yang disebutkan tadi, sampai orang Melayu bunuh diri, tidak pernah jadi 17 orang Melayu bunuh diri, ada yang bunuh emak, bunuh ibu bapa kerana mereka hilang punca, tertekan amat sangat sebab itu saya datang sini, tunjuk solidariti saya dengan rakyat,” katanya dalam sidang video yang disiarkan secara langsung di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast