Wan Ahmad Fayhsal ADUN Ijok gimik politik puad zarkashi MPN demokrasi UMNO nor salwani Kerajaan Perpaduan Kit Siang Rafizi ringgit SPRM
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menasihatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berehat daripada bidang politik.

Menurut beliau, imej Dr. Mahathir terus merudum selepas membuat kejutan luar biasa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, banyak perkara telah dilakukan Dr. Mahathir termasuk menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan akhirnya beliau hilang deposit ketika bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU-15.

“Banyak kejayaan Tun Dr Mahathir sebelum ini termasuk menumbangkan kerajaan BN. Cukuplah Tun. Biar Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) dan anak muda lain teruskan legasinya. Berehatlah,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Beliau mendakwa, Dr. Mahathir menyertai demonstrasi anjuran pembangkang di hadapan Istana Negara semalam hanya untuk membuktikan dirinya masih relevan.

Malah, Mohd. Puad mendakwa, sidang media kelmarin seolah-olah menunjukkan Dr. Mahathir dalam keadaan tidak keruan kerana tertekan apabila anaknya, Mirzan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak mungkin Tun Mahathir ada penyakit ‘Alzheimer Politik’?” soalnya. – MalaysiaGazette