PUTRAJAYA – Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Ahmad Fahmi Fadzil mengesahkan mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan mengenai permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“(Jemaah Menteri) kita tidak bincang mengenai permohonan Pengampunan Diraja (Datuk Seri Najib Razak),” katanya dalam sidang media di Kementerian Komunikasi di sini hari ini. – MalaysiaGazette