Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai attention seeker.

Jurucakap kerajaan perpaduan itu berkata, masyarakat separtutnya tidak melayan kata-kata Mahathir.

“Saya rasa hanya nak cari perhatian pada waktu ini.

“Saya rasa kita tidak perlu layan lagi, kita hormat dan beri peluang, beri ruang,” katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.

Fahmi berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai dakwaan Mahathir bahawa sebanyak 17 orang bertindak bunuh diri kerana mereka hilang punca pendapatan.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, rakyat kini ramai yang sengsara, sehingga ada yang membunuh diri akibat desakan hidup.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kenyataan yang dikeluarkan Mahathir itu mungkin disebabkan bekas Perdana menteri itu tertekan ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anaknya, Mirzan. – MalaysiaGazette