Foto: Fb umum
MOSCOW – Sebuah pesawat pengangkut Ilyushin, Il-76, milik Rusia yang membawa tahanan perang Ukraine terhempas di wilayah Belgorod, Rusia, kata Kementerian Pertahanan.
Katanya, terdapat 65 tahanan tentera Ukraine, enam kru dan tidak anggota yang mengiring tahanan itu berada dalam pesawat tersebut.

“Kira-kira jam 11 pagi waktu Moscow, sebuah pesawat Il-76 terhempas di wilayah Belgorod semasa dalam penerbangan berjadual,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pasukan tentera telah diterbangkan ke lokasi kemalangan bagi melakukan siasatan terhadap nahas tersebut.
Setiausaha Akhbar Presiden, Dmitry Peskov yang mengulas perkara tersebut berkata, Kremlin akan menguruskannya.
Terdapat laporan yang menyatakan sebuah dron Ukraine telah dipintas di kampung Blizhnoe, berhampiran Belgord.
Selain itu, Gabenor wilayah tersebut, Vyacheslav Gladkov memberi amaran dalam saluran Telegram mengenai risiko peluru berpandu.
Beliau kemudian melaporkan mengenai kecemasan di daerah Korochansky, tanpa memberi perincian.
Wilayah Belgorod terletak di sempadan Ukraine.
Sementara itu, laporan dari Kiev menyatakan pesawal Il-76 itu ditembak jatuh oleh tentera Ukraine.
Wilayah Belgorod terletak di sempadan Ukraine.
Ketua Staf Ukraine dipetik laman sesawang Ukrainska Pravda sebagai berkata, pesawat tersebut membawa peluru berpandu untuk sistem pertahanan Rusia, S-300.
Beliau tidak menyatakan m,engenai tawanan perang. – Agensi