Keadaan motosikal mangsa selepas melanggar belakang lori yang diparkir di sebuah bengkel.

KUANTAN – Seorang pengawal keselamatan warga asing maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lori lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisiten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Mohd Hussin Jabbar, 59, pemegang kad UNHCR disahkan meninggal dunia di lokasi nahas.

Menurutnya, kejadian berlaku di Jalan Kuantan-Kemaman hadapan Bengkel Tanahair Venture Sdn Bhd pada jam 11.45 malam tadi.

”Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang datang dari arah Kuantan ke arah Kemaman telah hilang kawalan lalu melanggar belakang lori yang dipakir di hadapan bengkel kerana sedang dibaikpulih,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes masih dalam siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette