Stesen Kereta Api Yongsan Seoul menunjukkan ujian tembakan pertama Korea Utara bagi peluru berpandu pelayaran strategik baharu "Bulhwasal-3-31" pada 25 Januari 2024. Foto DPA

SEOUL – Korea Utara mengakui telah melancarkan ujian tembakan pertama peluru berpandu pelayaran strategik jenis baharu “Bulhwasal-3-31”.

Bulhwasal-3-31 masih dibangunkan, menurut laporan KCNA.

“Ujian ini tidak memberi kesan negatif terhadap keselamatan negara jiran dan tidak berkaitan dengan situasi di rantau itu, kata agensi berita yang dikendalikan oleh Pyongyang.

Bagaimanapun, ia tidak memaklumkan berapa banyak bedilan yang dilepaskan.

Biro Peluru Berpandu Am Pyongyang berkata, “Bulhwasal-3-31” ialah proses sistem senjata yang boleh diperbaharui secara berterusan.

Pada hari Rabu, tentera Korea Selatan memaklumkan a Korea Utara melepaskan beberapa peluru berpandu jelajah ke arah Laut Kuning. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast