Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing yang cuba melarikan diri selepas meragut seorang warga emas di tepi jalan besar berhampiran kuil Batu Caves berjaya ditangkap oleh orang awam.

Kejadian itu berlaku petang semalam semasa mangsa yang berusia 64 tahun berjalan kaki ke kuil bersama dua cucunya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, semasa sampai ditempat kejadian satu perempuan warga asing berumur 64 tahun telah menolak badan dan cuba menarik rantai leher mangsa.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu telah menjerit menyebabkan suspek melepaskan rantai yang ditarik.

Rantai terputus dan jatuh di atas jalan

Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam.

“Suspek telah diserahkan kepada pihak polis dan permohonan tahanan reman ke atas suspek akan dimohon di Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi siasatan lanjut mengikut seksyen 393 kanun keseksaan.

Pihak polis menasihatkan orang ramai agar lebih berhati hati dan berwaspada dalam menjaga keselamatan harta masing-masing semasa mengunjungi serta merayakan Thaipusam di Kuil Batu Caves. – MalaysiaGazette